BAB 3 :

REKA BENTUK

DAN MODEL KURIKULUM

KPF 4023 :

PENGURUSAN KURIKULUM

BILIK DARJAH

KUMPULAN 15

faishahirma

L20222014332


syatrah

L20222014304


nur amalina

L20222014322


raveena

L20222013367


Model Produk dan Model Proses merupakan model pembentukan daripada Model Produk yang bersifat objektif dan ditentukan oleh guru, kini kurikulum sudah mengasimilasikan perubahan kepada Model Proses yang lebih subjektif dan konstruktif yang menekankan pembinaan pengalaman pembelajaran murid berbanding hasil pembelajaran.


Sistem pendidikan di Malaysia kini tidak lagi berorientasikan peperiksaan semata dan mula beralih kepada perkembangan murid yang diselaraskan dengan pelaksanaan pentaksiran berasaskan bilik darjah dan sekolah.


Pendidikan di Malaysia berkembang menggunakan kurikulum yang tersendiri. Transformasi kurikulum pendidikan Malaysia iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang dilaksanakan adalah sebagai persediaan bagi melahirkan murid berfikiran kritis, kreatif dan inovatif. Reka bentuk, model dan prinsip kurikulum bilik darjah di Malaysia adalah berpandukan Model Tyler.

Ralph W. Tyler

(1902 - 1994)

home icon

PENDEKATAN BAHARU KURIKULUM 2027

1

2

3

home icon

KONSEP & PENGERTIAN

Reka Bentuk Kurikulum

Model Kurikulum

Prinsip Kurikulum

Pelan yang menerangkan semua perkara yang terlibat dalam cara kita belajar di sekolah, seperti cara berkelakuan dan berfikir sendiri atau bersama orang lain. Ia seperti menulis apa yang kita tahu dan bagaimana kita mengajarnya. Ia juga mengenai apa yang kita pelajari dan bagaimana kita mempelajarinya.

Suatu alternatif prosedur dalam

merangka, menerapkan dan

menilai suatu kurikulum (Tyler, 1949)

Komponen utama kurikulum :

  • Matlamat dan objektif
  • Kandungan kurikulum
  • Kaedah media
  • Penilaian

Prinsip Penyusunan Kurikulum :

  • Pembahagian modal insan
  • Melahirkan murid celik minda
  • Membentuk warganegara yang menguasai ilmu, kemahiran, nilai, warisan dan kepercayaan
  • Program pembangunan modal insan yang berilmu, berkemahiran, kreatif dan berakhlak mulia
home icon

Pola Reka Bentuk Kurikulum

home icon

Kurikulum Sebagai Objektif

Kurikulum dijadikan sebagai satu objektif kerana kurikulum merupakan panduan yang digunakan untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran (Tyler, 1949)

Contoh : Objektif pendidikan dalam kurikulum kebangsaan.

Kurikulum Sebagai Perancangan

Perancangan berpandukan kepada topik, subtopik yang disenaraikan dalam rancangan maklumat kursus.

Contoh : Rancangan Pelajaran Harian.

Kurikulum Sebagai Proses

Merupakan interaksi di antara guru, pelajar dan ilmu pengetahuan serta menilai keberkesanan kurikulum.

Contoh : Pengajaran di dalam bilik darjah mengadakan refleksi pengajaran dan pembelajaran.

Kurikulum Sebagai Hasil

  • Merupakan hasil yang telah dicapai oleh pelajar.
  • Hasil menentukan kurikulum perlu diintai bagi menentukan pencapaian objektif.
  • Contoh : Terdiri daripada pelbagai domain, seperti pengetahuan, keterampilan dan sikap; hasil perlaksanaan kurikulum kebangsaan.
home icon

Orientasi Reka Bentuk Kurikulum

Orientasi Reka Bentuk Kurikulum

home icon

Kurikulum Berorientasi

Akademik/Pengetahuan

  • Fokus kepada kognitif.
  • Berorientasikan kepada mata pelajaran.
  • Kurikulum berpusatkan isi kandungan mata pelajaran yang pelbagai.
  • Menekankan pengetahuan, kemahiran, nilai, warisan, budaya dan kepercayaan.
  • Melibatkan proses mengingat, memahami, mengaplikasi dan menganalisis, merumus dan mencipta.

Kurikulum Berorientasi Masyarakat/Masalah

  • Fokus kepada kesejahteraan masyarakat
  • Mengintegrasikan antara mata pelajaran dengan masalah kehidupan sosial dan alam sekitar
  • Menggunakan kaedah ‘problem based learning’ dan penyelesaian masalah

Kurikulum Berorientasi Pelajar

  • Fokus kepada potensi individu.
  • Pengajaran mengikut minat murid.
  • Aktiviti membina pengalaman dan kemahiran.
  • Lebih tertumpu kepada minat dan keperluan murid.

Kurikulum Eklektik

Gabungan antara kurikulum berorientasi akademik, murid dan masyarakat/masalah bagi membentuk individu yang aktif.

home icon

Tyler, 1949 & Ornstein and Hunkins, 2017

Prinsip penyusunan dalam reka bentuk kurikulum

home icon

Dimensi Menegak (Vertikal)

Prinsip Urutan

Principle of sequence

bermaksud pembelajaran yang berterusan dan berturutan berdasarkan pengalaman lalu, supaya setiap murid berpeluang mempelajari sesuatu dengan lebih dekat, meluas dan mendalam.

  • Contoh : Kandungan mata pelajaran disusun secara tertib bermula dengan mudah dan berakhir dengan sukar.


Prinsip Kesinambungan

Principle of continuity

bermaksud suatu kurikulum yang sempurna ​mempunyai kesinambungan yang lancar ​bermula pada peringkat paling asas dan ​seterusnya membolehkan murid ​mengaplikasikan untuk meneroka pada ​tahap yang lebih tinggi.

  • Contoh : Menyusun mengikut tahap
home icon

Dimensi Mendatar (Horizontal)

Prinsip Imbangan

Principle of balance

merujuk kepada kadar agihan, kepadatan muatan dan kesesuaian kandungan dengan masa pembelajaran yang diperuntukan kepada murid-murid yang menguasainya.

Prinsip Integrasi

Principle of integration pengalaman pembelajaran dihubungkaitkan antara satu sama lain supaya pembelajaran lebih bermakna dan menyeluruh. Integrasi juga dikaitkan dengan elemen merentas kurikulum (EMK) seperti bahasa, ilmu, kemahiran, nilai, teknologi, inovasi, kreatif dan keusahawanan.

Prinsip Skop

Principle of scope berkaitan dengan keluasan dan kedalaman kandungan sesuatu kurikulum dan pengajaran berdasarkan umur dan kebolehan kognitif murid-murid.

home icon

(Basic Principles of Curriculum and Instruction, 1949)

Model Rasional/Objektif Tyler

home icon

4 KOMPONEN PERINGKAT MODEL REKA BENTUK

1.Objektif

Objektif pelajaran perlu ditentukan dalam merancang pengajaran dan pembelajaran.

Contoh : Hasil pembelajaran.

3. Kaedah

Menentukan pemilihan kaedah serta teknik pengajaran yang sesuai dengan pembelajaran.

Contoh : Pemilihan buku dan BBM yang sesuai dalam pengajaran.

2. Kandungan

Pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan dengan pemilihan tajuk pengajaran berdasarkan sukatan pembelajaran yang ditentukan.

Contoh : Menyusun bahan-bahan kurikulum kepada unit-unit kecil, daripada mudah kepada lebih kompleks.

4. Penilaian

Penilaian dilaksanakan setelah pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan untuk menentukan keberhasilan objektif pelajaran.

Contoh : Penilaian formatif dan sumatif

serta kajian tindakan.

home icon

Persekitaran Bilik Darjah

Persekitaran bilik darjah merangkumi keadaan fizikal, sosial, psikologikal dan intelektual. ​Persekitaran yang kondusif mempengaruhi tingkah laku dan pembelajaran murid.

home icon

ii. Isi Kandungan

Isi pengajaran seperti pengetahuan, kemahiran, nilai, norma dan budaya.

Handdrawn Curved Arrow
Handdrawn Curved Arrow

i. Objektif

Hasil pembelajaran sesuatu proses PdP yang dilaksanakan.

  1. Kandungan

Guru perlu menentukan kandungan pengajaran dan pembelajaran bagi mencapai objektif yang ditetapkan.

iv. Nilai

Proses penilaian terhadap keberhasilan pengajaran dan kemenjadian murid-murid menerusi pelaksanaan kurikulum.

iii. Strategi

Tindakan yang digunakan untuk melaksanakan proses PdP bagi membolehkan objektif/matlamat tercapai.

Handdrawn Curved Arrow
Handdrawn Curved Arrow
home icon

2. Pedagogi

Kaedah pengajaran menggunakan teknik dan teknologi yang bersesuaian dengan menggabungkan pelbagai elemen secara merentas PAK21 dan KBAT.

3. Penilaian

Proses mengenalpasti, memperoleh dan menyediakan maklumat berguna untuk membuat pertimbangan dalam menentukan keputusan.

4. Kurikulum

Terdiri dari himpunan mata pelajaran yang mengandungi ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai, norma dan budaya.

5. Pedagogi Kandungan

Setiap mata pelajaran serta kandungan mempunyai kaedah yang tertentu dari segi penyampaiannya.

6. Pengajaran & Pembelajaran

Proses interaksi untuk membina pengalaman belajar dari guru kepada murid-murid dalam suatu ruangan pembelajaran.

home icon

kesimpulan

Kurikulum adalah pengisian pendidikan yang dirancang dan sentiasa mengalami perubahan. Dalam konteks pendidikan di Malaysia, perancangan dan pembentukan kurikulum pada peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah adalah didasari oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menentukan arah haluan, asas dan sumber inspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan. Kurikulum adalah asas penting dalam sistem pendidikan sesebuah negara.


Perkembangan kurikulum tidak berlaku dengan sendiri tanpa sebab yang mempengaruhinya. Hal ini berlaku sejajar dengan kemajuan masyarakat dan negara dan dianggap sebagai satu proses yang dinamik dan seimbang. Maka dengan ini, sistem pendidikan Malaysia sememangnya perlu sentiasa ditambahbaikan bagi memastikan pembangunan insan yang seimbang dapat dilaksanakan.

home icon